Diari Diet

Diari Diet

Diari Diet v2.0 (DD v2.0) merupakan instrumen yang menggabungkan konsep “Planner harian + Buku + Personal Coaching” – kesemuanya 3 dalam 1.

Dengan DD v2.0, usaha anda untuk menurunkan, mengekalkan, atau menaikkan berat badan akan menjadi lebih teratur. Ia merupakan diari yang akan membimbing anda menguruskan “trafik kalori” anda satu persatu, dari A hingga Z, sehinggalah anda betul-betul faham akan konsep kalori dalam kehidupan seharian.

Bezanya dengan buku-buku diet yang pernah anda baca sebelum ini? Diari Diet adalah gabungan antara Teori dan Amali – ia adalah buku (teori), dan ia juga adalah planner harian / food @ exercise log anda (amali). Justeru saya percaya, konsep ini adalah yang pertama di Malaysia.

Bermula dari DD v2.0, elemen kecergasan (senaman dan kaedah mengukur kemajuan) juga dimasukkan bagi melengkapi tujuan sebenar diari ini, iaitu membimbing rakyat Malaysia dalam menjalani gaya hidup sihat seharian.

 Layari : http://diaridiet2u.blogspot.my

Apa itu Diari Diet v2.0 ?

Apa yang terkandung dalam Diari Diet v2.0?

Secara asasnya DD v2.0 terbahagi kepada beberapa bahagian utama seperti berikut:

1 – Kelas Kalori – Perincian dari apa yang pernah saya tulis menerusi Kelas Kalori di blog. Ia juga disertakan dengan gambarajah dan contoh agar lebih mudah difahami. Maklumbalas pengguna DD v1.0 (2013) sebelum ini mendapati majoriti menyukai konsep ini dan mengaku mereka lebih mudah untuk memahami konsep kalori. Nota-nota juga telah ditambahbaik bersesuaian dengan maklumat terkini.

2 – Perancangan Menu – Aplikasi dari kelas kalori selain memberi anda idea bagaimana untuk merancang pembahagian kuota kalori harian dalam mencapai matlamat anda.

3 – Kalori Makanan dan Senaman – Senarai kalori makanan dan senaman yang telah dikemaskini (updated) ini dibekalkan kepada anda sebagai rujukan agar lebih mudah untuk anda mengetahui kalori dalam satu-satu makanan tempatan atau menerusi satu-satu aktiviti fizikal.

4 – Panduan Senaman – Panduan dalam merangka senaman khusus yang paling efektif tapi memberikan kesan yang optimum kepada matlamat kecergasan anda (i.e senaman membakar lemak, kesihatan jantung, dan lain-lain).

5 – Penilaian Kemajuan – Ramai menyangka kemajuan transformasi hanya diukur berdasarkan KG berat badan dan BMI sahaja. Ini sama sekali kurang tepat. Menerusi DD v2.0, sekurang-kurangnya 5 indikator kemajuan telah didedahkan. Barangkali selama ini KG anda tidak berubah, tetapi siapa tahu 4 indikator yang lain telah berubah secara positif?

6 – Panduan Diari Diet – Penerangan agar anda faham untuk menggunakan DD v2.0.

7 – Log untuk 6 bulan / 24 minggu – Ruangan “Log” untuk DD v2.0 tidak bersifat ‘fix’ untuk tarikh/tahun tertentu; bererti anda boleh mula menggunakannya bila-bila masa yang anda mahu, tidak semestinya pada “1 Januari”.

Selain itu, tempoh log juga telah dikurangkan dari 1 tahun (12 bulan) kepada 6 bulan atas beberapa faktor.

  • Majoriti kajian klinikal menunjukkan kesan positif ke atas tubuh hasil dari perubahan gaya hidup (intervention) sudah berlaku seawal tempoh 12 minggu pertama (3 bulan).
  • Pengalaman client – 6 bulan merupakan tempoh realistik untuk transformasi tubuh badan berlaku.
  • Untuk mengelakkan DD v2.0 menjadi terlalu tebal / berat.

Sekiranya anda memerlukan penggunaan selama satu tahun, anda boleh mendapatkan 2 unit DD v2.0 secara terus (akan ada diskaun). Konsep log selama 6 bulan ini pada pandangan saya lebih fleksibel kerana secara tak langsung ia memberikan pilihan kepada pengguna untuk memilih tempoh penggunaan yang mereka inginkan, sesuai dengan matlamat masing-masing.

8 – Tips Mingguan – Tips mingguan turut dibekalkan agar anda kekal motivasi setiap minggu.

9 – Nota Nutrien – Nota untuk anda memahami konsep nutrisi seimbang pada kesihatan tubuh badan turut dilampirkan dalam DD v2.0.

10 – Lebih Interaksi! – Anda akan ditemani maskot kotak susu En. SS bersama rakan-rakan beliau sepanjang tempoh anda menggunakan DD v2.0. Dengan adanya En. SS yang comel ini, anda pasti tidak akan bosan dalam melalui perjalanan transformasi untuk menjadi kurus, sado, atau untuk menjadi lebih sihat!

(BONUS: Dalam DD v2.0 juga diselitkan 3 mini komik sentap berilmiah untuk hiburan anda! Watak utama: Maskot kotak susu En. SS)

Gambar Review

Berikut saya lampirkan beberapa gambar DD v2.0 serta  untuk tatapan anda.

Antara Testimoni  pengguna diari diet :

Jom pilih untuk kekal sihat dan bertenaga dengan mengamalkan gaya hidup sihat.

www.bungamalam.com/diaridiet

Memaparkan: Senarai / Grid
Memaparkan:
Urutan:
Apa itu Diari Diet v2.0 ? Diari Diet v2.0 (DD v2.0) merupakan instrumen yang menggabung..
RM32.00 RM31.00
Copyright © 2017 Bunga Malam Shop. All rights reserved.Powered By SiteGiant eCommerce Malaysia